BANTUAN ANDA
MENJAMIN MASA DEPAN MEREKA
Sumbangan anda amat bermakna bagi menyediakan Madrasah yang selesa



Latar Belakang Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah

Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (MTQH) telah ditubuhkan pada 10/10/2010. Pada tahun 2010 bermula dengan kem cuti sekolah “Kem anak soleh”. Ketika itu, subjek yang diajar adalah mengaji iqra’ dan Al-Quran serta amalan adab seharian yang disertai lebih kurang 23 orang peserta.
Madrasah ini ditubuhkan setelah menyedari kurangnya madrasah tahfiz di sekitar daerah Batu Pahat ketika itu serta ingin memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Penubuhan madrasah ini juga bermatlamat ingin melahirkan 1 rumah 1 hafiz/hafizah, memberi manfaat ilmu kepada masyarakat setempat serta menyemarakkan institusi pendidikan Islam di Malaysia.
Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (MTQH) ini diasaskan oleh pasangan suami isteri, Ustaz Hamidi Bin Ahamad bersama Ustazah Sumaiyah Binti Salam. Bersama-sama mengusahakan pembangunan Madrasah ini seramai 7 orang kakitangan madrasah dari kalangan guru-guru dan pembantu. Jumlah pelajar adalah seramai 6 orang pelajar Lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Pelajar yg telah khatam adalah seramai 15 orang dan 3 orang pelajar yg telah syahadah .
Buat masa ini, bangunan madrasah hanya mempunyai sebuah rumah kampung untuk kegunaan pelajar dan dalam proses mengumpul dana bagi penyediaan bangunan berfasiliti lengkap.



Bantu kami bina madrasah yang lengkap

Tujuan Dana

Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan dan pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (MTQH). Untuk makluman semua, pihak madrasah telah merangka plan pembangunan bagi pembinaan Kompleks bangunan tiga (3) tingkat secara berfasa. Kompleks MTQH ini dibina di atas tanah waqaf berukuran 1.2 ekar di Batu Pahat.
Plan ini dilaksanakan secara berperingkat dimana ianya dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama dalam proses menyediakan tempat yang lebih selesa untuk para pelajar sudah pun berjalan. MTQH telah pun memulakan proses baik pulih rumah Waqaf yang menjadi pusat pengajian anak-anak tahfiz (buat masa ini). Kini proses baik pulih rumah tersebut masih tinggal 40% sebelum ianya siap sepenuhnya. Fasa kedua adalah pembinaan bangunan baru (kompleks MTQH) untuk bahagian pelajar perempuan termasuk dewan dan padang. Manakala seterusnya adalah Fasa ketiga pembinaan bahagian pelajar lelaki. Kompleks ini akan dilengkapi dengan asrama pelajar, kuartes guru dan staff, musolla, kantin dan dapur, tandas pelajar, tandas guru dan tandas awam, pejabat pentadbiran, ruang mesyuarat tertutup, dewan terbuka, ruang memanah, kelas Pengajian (baru), Bilik IT, serta Perpustakaan.


Kompleks ini juga akan dilengkapi dengan kelas pengajian umum, kelas mengaji orang dewasa dan ruang riadah (kelas memanah) yang akan dibuka kepada masyarakat setempat. Anggaran bagi keseluruhan kos pembinaan dan penyelenggaraan bangunan tiga (3) tingkat ini adalah sebanyak RM7 juta.
Justeru, pihak MTQH membuka ruang dan mengalukan kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi pengumpulan Dana ini. Madrasah juga bercadang untuk memiliki 2 buah van sebagai kenderaan rasmi bagi kegunaan para pelajar dan guru-guru. InsyaAllah, dengan kelengkapan fasiliti ini anak-anak tahfiz dapat belajar dengan lebih fokus bagi mendalami ilmu agama dengan lebih baik juga Visi & Misi MTQH tercapai.
Oleh itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara Islam, membantu pihak pengurusan Madrasah MTQH menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk anak-anak pelajar tahfiz serta masyarakat umum yang mengikuti kelas pengajian dan aktiviti riadah disini.
Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberi, akan Allah SWT gandakan rahmat dan hadiahkan ladang pahala yang luas untuk anda semua.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG ?
Bagi memudahkan tuan/puan menyumbangkan dana kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah MTQH, pihak kami menyediakan pakej seperti berikut :
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
Nama Bank : Bank Islam
Nama Akaun : Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah
No akaun :010-320-100-607-43
Nama Bank : Bank Islam
Nama Akaun : Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah
No akaun :010-320-100-607-43
Sila letakkan reference “KMTQH” untuk memudahkan pihak kami agihkan dana.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpul dana buat Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah (MTQH) ini. Moga syurga menjadi destinasi terakhir buat anda semua. Amin YRA.
Maklumat Tambahan:
- Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran adalah termasuk RM1 caj payment gateway ToyyibPay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: 0000000